Blog ini akan dimanfaatkan sebagai salah satu media penting bagi menyampaikan informasi mengenai pendaftaran pertubuhan belia kepada pemimpin dan ahli pertubuhan belia seluruh negara.
Penubuhan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia adalah berkait rapat dengan kewujudan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 dan fungsinya untuk mentadbir Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.
• Draf Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 telah dibaca buat kali pertama di Parlimen pada 12 Disember 2006 dan kali kedua pada 8 Mei 2007. Seterusnya diluluskan di Dewan Negara pada 23 Mei 2007.
• Akta ini telah diwartakan pada 26 Julai 2007 dan akan mula berkuatkuasa pada 31 Disember 2007.
• Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia telah memulakan operasi sebagai sekretariat akta pada 1 Januari 2007 dengan pewujudan "Core Team" yang diketuai oleh seorang Pemangku Pendaftar.
Pendaftar
Pejabat Pendaftar PendaftarPertubuhan Belia Kementerian Belia dan Sukan Aras 4, Menara KBS No. 27 Persiaran Perdana, presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62570, Putrajaya Tel: 0388713586 Fax:88901454 email: sadon@kbs.gov.my
Peranan dan Fungsi
Mendaftar dan menyelaras urusan berkaitan pendaftaran pertubuhan belia
Mentadbir dan menguatkuasakan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.
Mengawal selia hal-hal berkaitan pengurusan pertubuhan belia.
Mengeluarkan peraturan dan garis panduan pengurusan pertubuhan belia.
Menyelesaikan pertikaian yang berlaku dalam pertubuhan belia.
Misi Memastikan pengurusan dan kawal seliaan ke atas pertubuhan belia dilaksanakan secara adil, telus, efektif dan mesra belia.
Visi Menjadikan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia sebuah organisasi yang cekap, berkesan, berdedikasi dan bertanggungjawab dalam memastikan pertubuhan belia di Malaysia bergerak secara efektif, beretika dan berdaya saing
Objektif Untuk memastikan pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 bergerak secara lebih efisyen dan efektif sejajar dengan matlamat pembangunan belia serta peruntukan dalam Akta
Piagam Pelanggan Kami akan meluluskan permohonan mendaftar Pertubuhan Belia dalam tempoh 3 bulan dengan syarat ianya memenuhi kehendak Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 dan Peraturan-peraturan Pertubuhan Belia (Pendaftaran) 2007.
Kami akan membantu dan membimbing pertubuhan belia dalam proses pendaftaran pertubuhan belia
Kami akan membantu menyelesaikan sebarang pertikaian dalam pertubuhan belia melalui perbincangan dan perundingan mengikut peruntukan dalam akta.
Kami berjanji akan menyiasat sebarang aduan yang berasas.
Kami akan memantau perjalanan pentadbiran dan kemajuan pertubuhan belia dan memberi bimbingan dan khidmat nasihat yang sewajarnya.
Status Pendaftaran
Status Pendaftaran 1 April 2010
Daftar keseluruhan ROY = 7709
Daftar dengan ROS =3686
No comments:
Post a Comment