Wednesday, October 28, 2009

Perbincangan dengan Jawatankuasa Penaja Gerakan 4B Kebangsaan




Perbincangan dengan Jawatankuasa Penaja Gerakan 4B Kebangsaan dengan Pejabat ROY telah diadakan pada 27 Oktober 2009 di bilik mesyuarat aras 4 KBS. Perbincangan diadakan bagi menyelaraskan beberapa isu pendaftaran semula dan pengeluaran sijil disamping isu-isu yang ditimbulkan oleh 4B peringkat cawangan dan kawasan seluruh negara

Tuesday, October 27, 2009

Bengkel Kajian Pengurusan Persatuan Belia



Bengkel tersebut telah diadakan di Hotel Msuite Johor Baharu Johor anjuran Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Institut Penyeledikan dan Pembangunan Belia KBS pada 24 Oktober 2009.  Pejabat Pendaftar telah membentangkan kertas kerja `Pengurusan dan Pengupayaan Pertubuhan Belia dari perspektif Akta 668. Bengkel dihadiri oleh pengerusi dan AJK pertubuhan belia Kebangsaan seluruh negara

Tuesday, October 20, 2009

Bengkel Penyelarasan Pengurusan Pertubuhan Belia Mengikut Akta 668




Bengkel Penyelarasan Pengurusan Pertubuhan Belia Mengikut Akta 668 Untuk Pegawai Belia dan Sukan 2009 di Quality Hotel Shah Alam Selangor telah diadakan pada 12-14 Oktober 2009 melibatkan seramai seramai 42 orang pegawai belia dan sukan daerah seluruh negara

Sunday, October 18, 2009

Aktiviti Cawangan Penyelarasan Bulan Oktober 2009

1. Bengkel Penyelarasan Pengurusan Kelab Rakan Muda Mengikut Akta 668 Peringkat Negeri Perak 2009 di Hotel Herritage Ipoh Perak  pada 3-4 Oktober 2009 seramai 46 orang

2. Bengkel Penyelarasan Pengurusan Kelab Rakan Muda Mengikut Akta 668 Peringkat Negeri Terengganu 2009 di Angulia Beach Resort Marang Terengganu pada 4-5 Oktober 2009 seramai 37 orang

3. Bengkel Penyelarasan Pengurusan Kelab Rakan Muda Mengikut Akta 668 Peringkat W.P Kuala Lumpur 2009 di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara pada 10-11 Oktober 2009 seramai 20 orang

4. Bengkel Penyelarasan Pengurusan Pertubuhan Belia Mengikut Akta 668 Untuk Pegawai Belia dan Sukan 2009 di Quality Hotel Shah Alam Selangor pada 12-14 Oktober 2009 seramai 42 orang

5.  Bengkel Penyelarasan Pengurusan Kelab Rakan Muda Mengikut Akta 668 Peringkat Negeri Sembilan 2009 di Port Dickson Golf and Country Club pada 23-24 Oktober 2009 untuk seramai 40 orang peserta

6. Bengkel Penyelarasan Pengurusan Pertubuhan Belia Mengikut Akta 668 Peringkat W.P Kuala Lumpur 2009 di D’ Nelayan Resort Melaka pada 24-25 Oktober 2009 untuk seramai 40 orang peserta

Thursday, October 15, 2009

Gerak Daftar Pertubuhan Belia di PWTC Sempena Persidangan Agong UMNO


Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia ROY telah turut bersama agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan mengambil bahagian dalam promosi dan gerak daftar Pertubuhan Belia di PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO pada 13hb hingga 16hb Oktober 2009. Promosi dan kempen pendaftaran itu diadakan bagi menarik penyertaan generasi muda menubuhkan persatuan belia.

Program Penerangan dan Dialog Pejabat ROY bersama Pegawai JBSN Melaka




Program dialog dan penerangan Pejabat ROY dengan Pegawai dan Kakitangan ROY yang menyentuh tentang pelaksanaan Akta dan isu-isu berkaitan pendaftaran telah diadakan di Hotel King Air Keroh Melaka pada 15 Oktober 09. Program ini melibat penyertaan kesemua pegawai belia dan sukan daerah dan negeri. Beberapa isu dan masalah telah dibincangkan dalam majlis dialog tersebut. Program ini adalah antara siri penerangan dan dialog kepada pegawai belia dan sukan daerah yang berhadapan dengan ahli dan pertubuhan belia yang berurusan dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah dan Negeri

Monday, October 12, 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Bersama KBS/Sabah/Sarawak



Mesyuarat Jawatankuasa Bersama KBS/Sabah/Sarawak mengenai Pembangunan Belia dan Sukan telah diadakan di Hotel Majestic Kuching Sarawak pada 12 Oktober 09. Antra lain mesyuarat diadakan bagi menyelaraskan pembangunan belia dan sukan di kedua-dua negeri itu termasuk perkara mengenai kemasukan Akta Pembangunan Belia 2007 dan Akta Pembangunan Sukan ke kedua-dua buah negeri tersebut. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB. Menteri Belia dan Sukan

Wednesday, October 7, 2009

Bengkel Penyelarasan Pengurusan Kelab Rakan Muda Terengganu


Bengkel Penyelarasan Pengurusan Kelab Rakan Muda mengikut Akta 668 Negeri Terengganu 2009 telah diadakan di Angullia pada 4 - 5 Oktober 2009. Seramai 37 orang peserta telah mengikuti bengkel ini yang terdiri daripada ahli jawatankuasa dan ahli kelab Rakan Muda di seluruh daerah Negeri Terengganu. Sehingga kini, sebanyak 306 buah Kelab Rakan Muda dan Kelab Rakan Muda Kg. Baru telah berdaftar di bawah PPBM (ROY). Setiap Kelab ini mempunyai barisan- barisan pemimpin yang telah dilantik untuk menerajui kelab tersebut.

Antara objektif Bengkel ini ialah

1. untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007kepada pemimpin kelab.
2. Untuk membantu dan membolehkan tadbir urus kelab mengikut Akta 668

3. Untuk mengenalpasti isu- isu yang menghalang dalam mematuhi akta 668 di dalam kelab atau Pertubuhan Belia

Tuesday, October 6, 2009

PERINGATAN UNTUK MENGHANTAR MAKLUMAT OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR MENGIKUT SEKSYEN 22 AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007

Dimaklumkan Seksyen 22 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 mengkehendaki setiap pertubuhan belia berdaftar hendaklah mengemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dalam masa enam puluh (60) hari selepas mesyuarat agung tahunan atau sekiranya tiada mesyuarat agung tahunan diadakan, dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas berakhirnya setiap tahun kalendar menghantar maklumat yang disahkan oleh dua (2) pemegang jawatan utama pertubuhan belia sebagaimana yang berikut:


2.1 Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang pertama sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Pertubuhan Belia berdaftar. Meminda perlembagaan, mematuhi had umur pemegang jawatan, keahlian dan lain-lain selaras dengan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007

2.2 suatu salinan yang benar dan lengkap apa-apa pindaan kepada kaedah-kaedah pertubuhan belia yang dibuat sejak tarikh pendaftaran atau tarikh penyata terakhir;

2.3 suatu senarai yang benar dan lengkap pemegang jawatan dan bilangan anggota pertubuhan belia;

2.4 alamat atau tempat urusan terkini pertubuhan belia;

2.5 akaun bagi tahun kewangan terakhir bersama kunci kira-kira yang menunjukkan kedudukan kewangan terakhir bagi Pertubuhan Belia

2.6 nama dan alamat mana-mana pertubuhan, persatuan atau mana-mana kumpulan lain di luar Malaysia yang bersekutu atau bergabung dengan Pertubuhan Belia berdaftar;

2.7 perihalan apa-apa wang atau harta, apa-apa faedah atau keuntungan kewangan yang diterima oleh pertubuhan belia daripada mana-mana sumber.

3. Sehubungan dengan itu, diingatkan kepada pertubuhan belia tuan untuk memberi perhatian serius dan mengambil tindakan terhadap perkara yang dinyatakan dengan kadar segera kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia. Adalah diperingatkan agar pertubuhan belia sentiasa mematuhi Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

4. Maklumat lanjut serta borang berkaitan boleh memuat turun melalui portal http://roy.kbs.gov.my atau talian 03-88713258/3382/3624. Sila ambil tindakan dengan kadar segera.

PENDAFTAR

PERINGATAN BAGI MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAGI TAHUN 2008

Dimaklumkan kepada semua pertubuhan belia yang berdaftar dengan Pejabat Pertubuhan Pendaftar Belia ROY bahawa Seksyen 22 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 memperuntukkan mengenai maklumat yang diberikan oleh setiap pertubuhan belia berdaftar. Sehubungan dengan itu, sukacita diingatkan kepada semua pertubuhan belia supaya dapat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan pertububuhan berkenaan atau menghantar maklumat Pertubuhan terkini sepertimana yang dikehendaki oleh Seksyen 22 Akta 668.

 Perkara ini diambil bagi membolehkan pihak kami menerima Penyata Tahunan terkini dan statistik pendaftaran serta keahlian untuk dikemaskinikan dan selaras dengan kehendak Akta 668. Pertubuhan belia juga diingatkan agar mengambil tindakan sewajarnya dengan mematuhi peruntukan di dalam Akta 668 seperti meminda perlembagaan, mematuhi had umur pemegang jawatan dan lain-lain lagi dalam Mesyuarat Agung Tahunan tersebut.

Maklumat lanjut serta borang yang berkaitan, pihak tuan boleh melayari dan memuat turun melalui portal http://roy.kbs.gov.my atau menghubungi kami di talian 03-88713600/3236/3258/3215/3382/3624/3236 dan 3252.

PENDAFTAR