Sunday, November 22, 2009
Bengkel Pengurusan Pertubuhan Belia MBM/IPPBN 2009
Bengkel tersebut telah diadakan di Emperor Bandar Melaka, Melaka anjuran Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Institut Penyeledikan dan Pembangunan Belia KBS pada 21 Novemberr 2009. Pejabat Pendaftar telah membentangkan kertas kerja `Pengurusan dan Pengupayaan Pertubuhan Belia dari perspektif Akta 668. Bengkel dihadiri oleh seramai 70 orang pengerusi dan AJK pertubuhan belia Kebangsaan seluruh negara
Tuesday, November 17, 2009
Maklumat tidak lengkap menyebabkan permohonan ditolak
Terdapat beberapa sebab permohonan di kuiri, lewat mendapat kelulusan atau ditolak. Antaranya ialah maklumat yang dikemukakan tidak lengkap seperti berikut (perangkaan sehingga Oktober 2009);
1. Tiada minit/ kehadiran mesyuarat, tiada tandatangan pada dokumen berkaitan iaitu sebanyak 254 permohonan
2. Tiada Perlembagaan ROS/ROY iaitu sebanyak 72 permohonan
3. Penggunaan nama tidak sesuai sebanyak 91 permohonan
4. Tiada Setem iaitu sebanyak 75 permohonan
5. Tiada pengesahan daripada bandan Induk sebanyak 109 permohonan (cawangan)
6. AJK melebihi Had Umur sebanyak 27 permohonan
7. Masalah teknikal mengenai Perlembagaan sebanyak 80 permohonan.
Jumlah permohonan yang dikuiri dan masih mengunggu maklumat sehingga Oktober 2009 ialah sebanyak708 permohonan
Pejabat ROY terus berusaha mendapatkan maklumat yang dikehendaki melalui surat, telifon dan e-mail. Selepas tempoh 3 bulan maklumat masih tidak dapat diterima, pejabat ROY akan memberi peluang 30 hari lagi sebelum menolak permohonan yang masih gagal memberi maklumat yang dikehedaki.
PENDAFTAR

Wednesday, November 11, 2009
Perjumpaan dengan GPMS
Perjumpaan pejabat ROY dengan GPMS telah diadakan pada 11hb Nov. 09 bagi menyelaraskan pendaftaran cawangan GPMS dan persiapan mesyuarat Agong GPMS pada akhir bulan November 2009 ini. Perjumpaan juga diadakan bagi membantu menyelesaikan beberapa masalah teknikal pendaftaran dan mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh Pejabat ROY
Monday, November 2, 2009
Bengkel Pengurusan Kelab Rakan Muda Mengikut Akta 668 Negeri Kelantan
Antara objektif Bengkel ini ialah
1. untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007kepada pemimpin kelab.
2. Untuk membantu dan membolehkan tadbir urus kelab mengikut Akta 668
3. Untuk mengenalpasti isu- isu yang menghalang dalam mematuhi akta 668 di dalam kelab atau Pertubuhan Belia
Sunday, November 1, 2009
Bengkel Pengurusan Kelab Rakan Muda Mengikut Akta 668 Negeri Melaka
Bengkel Pengurusan Kelab Rakan Muda Mengikut Akta 668 Peringkat Negeri Malaka telah diadakan pada 31 Oktober hingga 1 November 2009 di Air Keroh Countru Resort Melaka. Seramai 33 orang peserta wakili pemimpin dan ahli jawatankuasa Kelab Rakan Muda dari 6 kawasan Parlimen Negeri Melaka telah mengikuti Bengkel ini. Bengkel ini bertujuan memberi panduan kepada Kelab Rakan Muda di seluruh kawasan Parlimen tentang pengurusan kelab berdasarkan Akta 668. Program ini dijangka selesai dilaksanakan diseluruh negara menjelang akhir bulan Disember 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)