Tuesday, October 6, 2009

PERINGATAN UNTUK MENGHANTAR MAKLUMAT OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR MENGIKUT SEKSYEN 22 AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007

Dimaklumkan Seksyen 22 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 mengkehendaki setiap pertubuhan belia berdaftar hendaklah mengemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dalam masa enam puluh (60) hari selepas mesyuarat agung tahunan atau sekiranya tiada mesyuarat agung tahunan diadakan, dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas berakhirnya setiap tahun kalendar menghantar maklumat yang disahkan oleh dua (2) pemegang jawatan utama pertubuhan belia sebagaimana yang berikut:


2.1 Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang pertama sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Pertubuhan Belia berdaftar. Meminda perlembagaan, mematuhi had umur pemegang jawatan, keahlian dan lain-lain selaras dengan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007

2.2 suatu salinan yang benar dan lengkap apa-apa pindaan kepada kaedah-kaedah pertubuhan belia yang dibuat sejak tarikh pendaftaran atau tarikh penyata terakhir;

2.3 suatu senarai yang benar dan lengkap pemegang jawatan dan bilangan anggota pertubuhan belia;

2.4 alamat atau tempat urusan terkini pertubuhan belia;

2.5 akaun bagi tahun kewangan terakhir bersama kunci kira-kira yang menunjukkan kedudukan kewangan terakhir bagi Pertubuhan Belia

2.6 nama dan alamat mana-mana pertubuhan, persatuan atau mana-mana kumpulan lain di luar Malaysia yang bersekutu atau bergabung dengan Pertubuhan Belia berdaftar;

2.7 perihalan apa-apa wang atau harta, apa-apa faedah atau keuntungan kewangan yang diterima oleh pertubuhan belia daripada mana-mana sumber.

3. Sehubungan dengan itu, diingatkan kepada pertubuhan belia tuan untuk memberi perhatian serius dan mengambil tindakan terhadap perkara yang dinyatakan dengan kadar segera kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia. Adalah diperingatkan agar pertubuhan belia sentiasa mematuhi Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

4. Maklumat lanjut serta borang berkaitan boleh memuat turun melalui portal http://roy.kbs.gov.my atau talian 03-88713258/3382/3624. Sila ambil tindakan dengan kadar segera.

PENDAFTAR

No comments:

Post a Comment