Sunday, December 13, 2009

Pemimpin belia wajib bawah 40 tahun

MELAKA - Semua persatuan belia di negara ini diminta merealisasikan segera peralihan pemimpin baru kepada belia berusia bawah 40 tahun sebelum akhir tahun ini.


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, peralihan itu sejajar dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia Negara 2007 di mana setiap anggota dan pemimpin belia yang dilantik memegang jawatan diwajibkan berusia bawah 40 tahun.

"Saya mengharapkan sepenuhnya semua persatuan belia benar-benar dapat merealisasikan hasrat Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia Negara yang baru itu sebelum penghujung tahun ini.

"Melaksanakannya bukan perkara yang baru kerana kita mesti sejajar dengan definisi belia dunia. Kalau di peringkat dunia mereka menganggap belia itu berusia bawah 35 tahun tetapi kita agak berlembut dan tetapkan usia 40 tahun ke bawah," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena sambutan ulang tahun ke-60 World Assembly of Youth (WAY) di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini semalam.

Sumber Berita : Kosmo

Selesaikan mesyuarat agung

Oleh AMRAN MULUP


pengarang@utusan.com.my

MELAKA 13 Dis. - Semua persatuan belia telah diarah supaya menyelesaikan mesyuarat agung tahunan pemilihan ahli dan jawatankuasa baru yang melibatkan mereka di bawah usia 40 tahun selewat-lewatnya penghujung bulan ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, arahan itu selaras dengan pindaan terhadap Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia Negara 2007 yang menetapkan setiap ahli dan pemimpin belia yang dilantik diwajibkan berusia di bawah 40 tahun.

Menurutnya, jika pemilihan itu tidak dilaksanakan segera, kementerian bimbang satu masa nanti persatuan-persatuan belia yang ada di negara ini tidak lagi relevan di kalangan golongan tersebut.

''Pada masa ini golongan belia tidak berminat untuk menyertai persatuan belia kerana masih menganggap persatuan itu bukan dipimpin oleh golongan berkenaan.

''Tetapi melalui akta yang telah digubal pada 2007, ahli dan pemimpin yang dipilih diwajibkan di kalangan mereka yang berusia bawah 40 tahun untuk menganggotai mana-mana persatuan belia.

''Kementerian tidak mahu melihat lagi nama persatuan belia tetapi ia dipimpin oleh orang tua," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Jamuan Makan Malam sempena sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan Perhimpunan Belia Dunia (WAY) di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Sehubungan itu, Ahmad Shabery menegaskan, semua mesyuarat pemilihan pucuk pimpinan baru persatuan belia mesti diselesaikan tahun ini.

''Kementerian mengharapkan semua persatuan belia mematuhi arahan yang telah ditetapkan untuk merealisasikan hasrat kerajaan yang ingin melihat golongan muda menjadi pemimpin," katanya

Tambahnya, beliau faham mungkin ada persatuan belia menghadapi sedikit masalah kerana berlakunya peralihan kuasa secara mengejut apabila pemimpin lama akan mengosongkan jawatan untuk diisi oleh orang muda.

''Peralihan kuasa ini memang memerlukan sedikit pengalaman dan tunjuk ajar tetapi apa yang penting adalah untuk membina keyakinan diri kepada golongan ini untuk memimpin sebuah organisasi yang besar," katanya.

Justeru kata beliau, barisan kepimpinan daripada golongan muda amat diperlukan kerana kerajaan hendak merancang masa depan yang lebih cerah kepada golongan tersebut.

Menurutnya, pada masa ini banyak isu-isu yang dikaitkan dengan golongan belia seperti ekonomi, kesihatan, pekerjaan dan terbaru masalah perubahan iklim yang perlu diharungi.

''Kita hendak tengok apa pandangan golongan muda mengenai alam sekitar, soal demokrasi, soal hak bersuara tentang kerajaan yang baik dan sebagainya," kata beliau

Sunday, November 22, 2009

Bengkel Pengurusan Pertubuhan Belia MBM/IPPBN 2009




Bengkel tersebut telah diadakan di Emperor Bandar Melaka, Melaka anjuran Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Institut Penyeledikan dan Pembangunan Belia KBS pada 21 Novemberr 2009. Pejabat Pendaftar telah membentangkan kertas kerja `Pengurusan dan Pengupayaan Pertubuhan Belia dari perspektif Akta 668. Bengkel dihadiri oleh seramai 70 orang pengerusi dan AJK pertubuhan belia Kebangsaan seluruh negara

Tuesday, November 17, 2009

Maklumat tidak lengkap menyebabkan permohonan ditolak

Terdapat beberapa sebab permohonan di kuiri, lewat mendapat kelulusan atau ditolak. Antaranya ialah maklumat yang dikemukakan tidak lengkap seperti berikut (perangkaan sehingga Oktober 2009);
1. Tiada minit/ kehadiran mesyuarat, tiada tandatangan pada dokumen berkaitan iaitu sebanyak 254 permohonan
2. Tiada Perlembagaan ROS/ROY iaitu sebanyak 72 permohonan
3. Penggunaan nama tidak sesuai sebanyak 91 permohonan
4. Tiada Setem iaitu sebanyak 75 permohonan
5. Tiada pengesahan daripada bandan Induk sebanyak 109 permohonan (cawangan)
6. AJK melebihi Had Umur sebanyak 27 permohonan
7. Masalah teknikal mengenai Perlembagaan sebanyak 80 permohonan.

Jumlah permohonan yang dikuiri dan masih mengunggu maklumat sehingga Oktober 2009 ialah sebanyak708 permohonan

Pejabat ROY terus berusaha mendapatkan maklumat yang dikehendaki melalui surat, telifon dan e-mail. Selepas tempoh 3 bulan maklumat masih tidak dapat diterima, pejabat ROY akan memberi peluang 30 hari lagi sebelum menolak permohonan yang masih gagal memberi maklumat yang dikehedaki.

PENDAFTAR

Wednesday, November 11, 2009

Perjumpaan dengan GPMS


Perjumpaan pejabat ROY dengan GPMS telah diadakan pada 11hb Nov. 09 bagi menyelaraskan pendaftaran cawangan GPMS dan persiapan mesyuarat Agong GPMS pada akhir bulan November 2009 ini. Perjumpaan juga diadakan bagi membantu menyelesaikan beberapa masalah teknikal pendaftaran dan mendapatkan maklumat yang diperlukan oleh Pejabat ROY

Monday, November 2, 2009

Bengkel Pengurusan Kelab Rakan Muda Mengikut Akta 668 Negeri Kelantan







Bengkel Penyelarasan Pengurusan Kelab Rakan Muda mengikut Akta 668 Negeri  Kelantan 2009 telah diadakan di Sweet Beach Tok Bali Kelantan pada 30 - 31 Oktober 2009. Seramai 30 orang peserta telah mengikuti bengkel ini yang terdiri daripada ahli jawatankuasa dan ahli kelab Rakan Muda di seluruh daerah Negeri Kelantan. Sehingga kini, sebanyak 306 buah Kelab Rakan Muda dan Kelab Rakan Muda Kg. Baru telah berdaftar di bawah PPBM (ROY). Setiap Kelab ini mempunyai barisan- barisan pemimpin yang telah dilantik untuk menerajui kelab tersebut.

Antara objektif Bengkel ini ialah

1. untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007kepada pemimpin kelab.

2. Untuk membantu dan membolehkan tadbir urus kelab mengikut Akta 668

3. Untuk mengenalpasti isu- isu yang menghalang dalam mematuhi akta 668 di dalam kelab atau Pertubuhan Belia

Sunday, November 1, 2009

Bengkel Pengurusan Kelab Rakan Muda Mengikut Akta 668 Negeri Melaka


Bengkel Pengurusan Kelab Rakan Muda Mengikut Akta 668 Peringkat Negeri Malaka telah diadakan pada 31 Oktober hingga 1 November 2009 di Air Keroh Countru Resort Melaka. Seramai 33 orang peserta wakili pemimpin dan ahli jawatankuasa Kelab Rakan Muda dari 6 kawasan Parlimen Negeri Melaka telah mengikuti Bengkel ini. Bengkel ini bertujuan memberi panduan kepada Kelab Rakan Muda di seluruh kawasan Parlimen tentang pengurusan kelab berdasarkan Akta 668. Program ini dijangka selesai dilaksanakan diseluruh negara menjelang akhir bulan Disember 2009