Thursday, October 15, 2009

Program Penerangan dan Dialog Pejabat ROY bersama Pegawai JBSN Melaka




Program dialog dan penerangan Pejabat ROY dengan Pegawai dan Kakitangan ROY yang menyentuh tentang pelaksanaan Akta dan isu-isu berkaitan pendaftaran telah diadakan di Hotel King Air Keroh Melaka pada 15 Oktober 09. Program ini melibat penyertaan kesemua pegawai belia dan sukan daerah dan negeri. Beberapa isu dan masalah telah dibincangkan dalam majlis dialog tersebut. Program ini adalah antara siri penerangan dan dialog kepada pegawai belia dan sukan daerah yang berhadapan dengan ahli dan pertubuhan belia yang berurusan dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah dan Negeri

Monday, October 12, 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Bersama KBS/Sabah/Sarawak



Mesyuarat Jawatankuasa Bersama KBS/Sabah/Sarawak mengenai Pembangunan Belia dan Sukan telah diadakan di Hotel Majestic Kuching Sarawak pada 12 Oktober 09. Antra lain mesyuarat diadakan bagi menyelaraskan pembangunan belia dan sukan di kedua-dua negeri itu termasuk perkara mengenai kemasukan Akta Pembangunan Belia 2007 dan Akta Pembangunan Sukan ke kedua-dua buah negeri tersebut. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB. Menteri Belia dan Sukan

Wednesday, October 7, 2009

Bengkel Penyelarasan Pengurusan Kelab Rakan Muda Terengganu


Bengkel Penyelarasan Pengurusan Kelab Rakan Muda mengikut Akta 668 Negeri Terengganu 2009 telah diadakan di Angullia pada 4 - 5 Oktober 2009. Seramai 37 orang peserta telah mengikuti bengkel ini yang terdiri daripada ahli jawatankuasa dan ahli kelab Rakan Muda di seluruh daerah Negeri Terengganu. Sehingga kini, sebanyak 306 buah Kelab Rakan Muda dan Kelab Rakan Muda Kg. Baru telah berdaftar di bawah PPBM (ROY). Setiap Kelab ini mempunyai barisan- barisan pemimpin yang telah dilantik untuk menerajui kelab tersebut.

Antara objektif Bengkel ini ialah

1. untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007kepada pemimpin kelab.
2. Untuk membantu dan membolehkan tadbir urus kelab mengikut Akta 668

3. Untuk mengenalpasti isu- isu yang menghalang dalam mematuhi akta 668 di dalam kelab atau Pertubuhan Belia

Tuesday, October 6, 2009

PERINGATAN UNTUK MENGHANTAR MAKLUMAT OLEH PERTUBUHAN BELIA BERDAFTAR MENGIKUT SEKSYEN 22 AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007

Dimaklumkan Seksyen 22 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 mengkehendaki setiap pertubuhan belia berdaftar hendaklah mengemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dalam masa enam puluh (60) hari selepas mesyuarat agung tahunan atau sekiranya tiada mesyuarat agung tahunan diadakan, dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas berakhirnya setiap tahun kalendar menghantar maklumat yang disahkan oleh dua (2) pemegang jawatan utama pertubuhan belia sebagaimana yang berikut:


2.1 Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang pertama sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Pertubuhan Belia berdaftar. Meminda perlembagaan, mematuhi had umur pemegang jawatan, keahlian dan lain-lain selaras dengan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007

2.2 suatu salinan yang benar dan lengkap apa-apa pindaan kepada kaedah-kaedah pertubuhan belia yang dibuat sejak tarikh pendaftaran atau tarikh penyata terakhir;

2.3 suatu senarai yang benar dan lengkap pemegang jawatan dan bilangan anggota pertubuhan belia;

2.4 alamat atau tempat urusan terkini pertubuhan belia;

2.5 akaun bagi tahun kewangan terakhir bersama kunci kira-kira yang menunjukkan kedudukan kewangan terakhir bagi Pertubuhan Belia

2.6 nama dan alamat mana-mana pertubuhan, persatuan atau mana-mana kumpulan lain di luar Malaysia yang bersekutu atau bergabung dengan Pertubuhan Belia berdaftar;

2.7 perihalan apa-apa wang atau harta, apa-apa faedah atau keuntungan kewangan yang diterima oleh pertubuhan belia daripada mana-mana sumber.

3. Sehubungan dengan itu, diingatkan kepada pertubuhan belia tuan untuk memberi perhatian serius dan mengambil tindakan terhadap perkara yang dinyatakan dengan kadar segera kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia. Adalah diperingatkan agar pertubuhan belia sentiasa mematuhi Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

4. Maklumat lanjut serta borang berkaitan boleh memuat turun melalui portal http://roy.kbs.gov.my atau talian 03-88713258/3382/3624. Sila ambil tindakan dengan kadar segera.

PENDAFTAR

PERINGATAN BAGI MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAGI TAHUN 2008

Dimaklumkan kepada semua pertubuhan belia yang berdaftar dengan Pejabat Pertubuhan Pendaftar Belia ROY bahawa Seksyen 22 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 memperuntukkan mengenai maklumat yang diberikan oleh setiap pertubuhan belia berdaftar. Sehubungan dengan itu, sukacita diingatkan kepada semua pertubuhan belia supaya dapat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan pertububuhan berkenaan atau menghantar maklumat Pertubuhan terkini sepertimana yang dikehendaki oleh Seksyen 22 Akta 668.

 Perkara ini diambil bagi membolehkan pihak kami menerima Penyata Tahunan terkini dan statistik pendaftaran serta keahlian untuk dikemaskinikan dan selaras dengan kehendak Akta 668. Pertubuhan belia juga diingatkan agar mengambil tindakan sewajarnya dengan mematuhi peruntukan di dalam Akta 668 seperti meminda perlembagaan, mematuhi had umur pemegang jawatan dan lain-lain lagi dalam Mesyuarat Agung Tahunan tersebut.

Maklumat lanjut serta borang yang berkaitan, pihak tuan boleh melayari dan memuat turun melalui portal http://roy.kbs.gov.my atau menghubungi kami di talian 03-88713600/3236/3258/3215/3382/3624/3236 dan 3252.

PENDAFTAR

Wednesday, July 15, 2009

Persatuan Belia Baru Adakan Mesyuarat Penaja Berkelompok


Sebanyak 240 pertubuhan belia baru Negeri Selangor telah mengadakan mesyuarat penaja secara berkelompok di PICC Putrajaya yang melibatkan seramai 2400 orang ahli pertubuhan belia baru. Majlis mesyuarat penaja secara berkelompok itu telah dirasmikan oleh YB. Dato' Razali Ibrahim Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 5hb Julai 2009 .


Program tersebut merupakan program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Program tersebut dilaksanakan bagi mempermudahkan pertubuhan baru mengadakan mesyuarat penaja penubuhan persatuan belia baru secara serentak.


Mesyuarat ini juga turut direkodkan sebagai mesyuarat penaja penubuhan persatuan belia terbesar dengan menghimpunkan 240 persatuan belia dengan kehadiran 2400 ahli belia baru dalam satu-satu masa oleh Malaysian Book Of Record.

Tuesday, July 14, 2009

Program Penerangan Pejabat ROY di JBSN Johor




Program Penerangan Pejabat ROY bersama pegawai PBSD dan JBSN Negeri Johor telah dilaksanakan pada 13hb Julai 2009 di Hotel Seri Malaysia Johor Bahru. Seramai 50 orang pegawai S17 ke atas telah hadir. Program ini merupakan siri kedua selepas Negeri Kedah pada bulan Jun yang lalu.
Program ini dilaksanakan bagi memberi penerangan tentang pelbagai isu pelaksanaan Akta dan isu-isu semasa mengenai pendaftaran pertubuhan belia.
Selain program penerangan, dialog antara pegawai PBSD dan JBSN bersama Pendaftar ROY juga telah dilaksanakan bagi menyelesaikan pelbagai isu mengenai pendaftara pertubuhan belia.
Segala persoalan dan cadangan ditimbulkan dalam Program Penerangan tersebut akan diteliti dan kaji untuk meningkatkan kecekapan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia