Friday, May 29, 2009

Bengkel Pemantapan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja Pejabat ROY
















Bengkel MPK dan Fail Meja Pejabat Pendaftar Perubuhan Belia telah diadakan pada 29hb. Mei hingga 31hb. Mei di Golden Straits Villa Port Dickson Negeri Sembilan. Seramai 33 orang peserta terdiri dari pegawai dan kakitangan Pejabat ROY telah mengikuti Bengkel tersebut. Bengkel tersebut diadakan bagi menyediakan dan mengemaskinikan Fail Meja Pejabat ROY. Fail Meja ini akan menjadi panduan dan memudahkan operasi kerja Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY)

Tuesday, May 26, 2009

Progam Bengkel Pengurusan dan Pemahaman akta 668







Seramai 50 orang peserta terdiri daripada Setiausaha dan Jawatankuasa persatuan belia dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan menghadiri Bengkel tersebut pada 10-11 mei 2009. Bengkel ini diadakan bagi memberi kefahaman kepada ahli jawatankuasa persatuan belia tentang pengurusan pertubuhan belia berpandukan kehendak Akta 668

IMPLIKASI PERUNDANGAN AKIBAT KEGAGALAN MENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA DI BAWAH AKTA 668

Pengenalan

Setiap pertubuhan belia di negara ini dikehendaki berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan sebaik sahaja Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) diperkenalkan dan mula berkuatkuasa pada 31 Disember 2007. Ini bermakna setiap pertubuhan belia samada yang sedang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) atau mana-mana pertubuhan belia yang baru ditubuhkan adalah dikehendaki supaya berdaftar di bawah akta tersebut. Perkara ini dijelaskan dalam subseksyen 7(1) dan 7(3) akta tersebut.


Status Pertubuhan Belia

Seringkali timbul persoalan mengenai status sesebuah pertubuhan belia yang sedang berdaftar dengan ROS yang dikehendaki pula untuk didaftar semula di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007. Subseksyen 7(3) menetapkan supaya tiap-tiap pertubuhan belia tersebut memohon untuk didaftar di bawah akta ini dalam tempoh 12 bulan dari tarikh 31 Disember 2007 iaitu tarikh mula berkuatkuasanya akta tersebut. Walau bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan boleh membenarkan tempoh lain sekiranya perlu berbuat demikian. Subseksyen 7(4) memperjelaskan status sesebuah pertubuhan belia di atas yang telah memohon untuk didaftar di bawah Akta 668 adalah masih sah berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan masih terikat dengannya sehingga Pendaftar Pertubuhan Belia meluluskan pendaftaran pertubuhan belia tersebut.

Namun demikian, mana-mana pertubuhan belia yang baru adalah dibolehkan mendaftar pertubuhan belia masing-masing di bawah Akta 668 pada bila-bila masa sebaik sahaja ianya ditubuhkan sepertimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 7(1).

Kegagalan Mendaftar Pertubuhan Belia

Dalam tempoh peralihan pendaftaran ini, banyak pertubuhan belia telah menyuarakan kesukaran yang dihadapi berpunca daripada kekeliruan masing-masing. Antara kekeliruan yang dialami termasuklah :

  • Tidak memohon pendaftaran selagi belum mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan;
  • Tidak memohon pendaftaran sehingga semua badan gabungannya berdaftar terlebih dahulu;
  • Tidak memohon pendaftaran selagi pemegang jawatan sediada (melebihi umur 40 tahun) masih belum berundur;
  • Hanya mendaftarkan badan induk dengan anggapan kesemua cawangannya turut didaftar secara automatik dan lain-lain lagi

Akibat daripada kekeliruan tersebut, pertubuhan belia terbabit gagal untuk mengemukakan borang permohonan pendaftaran (Borang PPB 01) dalam tempoh yang ditetapkan. Apakah implikasi perundangan ke atas pertubuhan belia tersebut ?

Pertubuhan Belia Yang Menyalahi Undang-Undang

  • Menurut subseksyen 80(1), salah satu kategori pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang ialah “suatu pertubuhan belia atau cawangannya yang tidak didaftarkan di bawah seksyen 9”. Antara pertubuhan belia yang dikehendaki berdaftar mengikut seksyen 9 tersebut termasuklah pertubuhan belia yang baru dan pertubuhan belia yang sedang berdaftar dengan ROS.
  • Dilihat dari sudut perundangan, sesebuah pertubuhan belia yang gagal untuk berdaftar di bawah Akta 668 walau dengan alasan apa sekalipun adalah pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang. Terdapat banyak implikasi lain ke atas sesebuah pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang. Antara kesalahan-kesalahan dan penalti yang dikaitkan dengan pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang termasuklah
  • Kesalahan kerana mengurus atau membantu dalam pengurusannya – Denda tidak melebihi RM5,000.00 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya;
    (Seksyen 81)
  • Kesalahan menghadiri mesyuarat, membayar wang atau memberi bantuan – Denda tidak melebihi RM3,000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya;
    (Seksyen 82)
  • Kesalahan membenarkan penggunaan premis untuk mesyuarat – Denda tidak melebihi RM5,000.00 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya;
    (Seksyen 83)
  • Kesalahan menghasut, mendorong atau mengajak orang lain supaya menjadi anggota atau membantu dalam pengurusan – Denda tidak melebihi RM5,000.00 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya;
    (Subseksyen 84(1))
  • Kesalahan menggunakan kekerasan, ugutan atau intimidasi supaya menjadi anggota atau membantu dalam pengurusan – Denda tidak melebihi RM10.000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya;
    (Subseksyen 84(2))
  • Kesalahan mengutip yuran atau bantuan – Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya;
    (Seksyen 85)
  • Kesalahan mencetak, mengedar, menyiar, mempamer bahan atau dokumen bagi tujuan publisiti – Denda tidak melebihi RM5,000.00 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya;
    (Subseksyen 86(1))
  • Kesalahan bertindak bagi pihak, mewakili atau membantu – Denda tidak melebihi RM5,000.00 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya;
    (Subseksyen 87(1))


Kesimpulannya, hasrat kerajaan supaya semua pertubuhan belia didaftar di bawah Akta 668 bertujuan supaya kegiatan berpersatuan dikalangan generasi belia dapat diselaras dan dipantau oleh Kementerian Belia dan Sukan menerusi Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Langkah ini juga perlu dalam membendung kegiatan tidak bertanggungjawab dan menyalahi undang-undang oleh mana-mana organisasi termasuk organisasi yang berasaskan belia yang tidak berdaftar di bawah Akta 668 ini.

KAEDAH PENYEDIAAN PENYATA TAHUNAN BAGI PERTUBUHAN BELIA

Apa itu Penyata Tahunan

Penyata Tahunan bagi sesebuah pertubuhan belia yang berdaftar merupakan suatu dokumen yang dikehendaki oleh undang-undang untuk dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia selaras dengan seksyen 22, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007. Hampir kesemua pertubuhan belia berdaftar ada memperuntukkan dalam perlembagaan atau undang-undang tubuh masing-masing mengenainya serta tempoh untuk mengemukakan Penyata Tahunan tersebut kepada Pendaftar Pertubuhan Belia. Secara umumnya, Penyata Tahunan merupakan satu bentuk laporan tahunan mengenai latar belakang pertubuhan belia, pemegang jawatan, kedudukan kewangan, aktiviti-aktiviti dan sebagainya.

Kandungan Penyata Tahunan

Penyata Tahunan yang perlu dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia di bawah seksyen 22, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut :
  • Latar belakang pertubuhan belia iaitu nama pertubuhan belia, alamat tempat urusan berdaftar, bilangan anggota/ahli dan senarai daftar anggota/ahli yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan, tarikh dan tempat lahir, pekerjaan, alamat kediaman, nombor telefon serta alamat e-mel;
  • Maklumat mengenai pemegang jawatan yang menunjukkan jawatan, nama penuh, nombor kad pengenalan, tarikh dan tempat lahir, pekerjaan, alamat kediaman, alamat majikan, nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel;
  • Minit Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun yang berkenaan;
  • Penyata Penerimaan dan Pembayaran serta Kunci Kira-Kira bagi tahun berkenaan;
  • Keterangan mengenai apa-apa harta, faedah atau keuntungan kewangan yang diterima daripada mana-mana sumber di luar Malaysia (jika ada);
  • Sebarang pindaan kepada perlembagaan atau undang-undang tubuh pertubuhan belia semenjak Penyata Tahunan yang terakhir (jika ada);
  • keterangan mengenai geran atau surat milik harta tak alih, syer, debentur, amanah saham atau pelaburan lain yang dipunyai oleh pertubuhan belia (jika ada);
  • senarai nama dan alamat mana-mana pertubuhan, persatuan atau mana-mana kumpulan yang diperbadankan atau tidak diperbadankan di luar Malaysia yang dengannya pertubuhan belia ini bersekutu atau bergabung (jika ada);
  • Penyata Tahunan hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan Borang PPB 09 yang boleh dimuat turun melalui portal http://roy.kbs.gov.my.


Bila Perlu Mengemukakan Penyata Tahunan

  • Mengikut seksyen 22 tersebut, maklumat yang kena diberi dalam bentuk Penyata Tahunan ini hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dalam masa 60 hari selepas mengadakan mesyuarat agung tahunannya atau sekiranya tiada mesyuarat agung tahunan diadakan, dalam tempoh 60 hari selepas berakhirnya setiap tahun kalendar.

Siapa Perlu Menyediakan Penyata Tahunan

  • Sebahagian besar pertubuhan belia memperuntukkan dalam perlembagaan masing-masing mengenai siapa yang bertanggungjawab atas perkara ini yang selalunya merujuk kepada Setiausaha sesebuah pertubuhan belia. Namun demikian menurut seksyen 24 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, tiap-tiap pemegang jawatan dan orang yang mengurus atau membantu dalam pengurusan sesebuah pertubuhan belia sebenarnya bertanggungjawab dalam penyediaan Penyata Tahunan.

Kesan Akibat Kegagalan Mengemukakan Penyata Tahunan

  • Kegagalan mana-mana pertubuhan belia untuk mengemukakan Penyata Tahunan kepada Pendaftar seperti yang dikehendaki, adalah merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000.00. Mana-mana pertubuhan belia yang mengemukakan Penyata Tahunan yang mengandungi maklumat palsu, tidak betul atau tidak lengkap, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000.00. Perkara ini dinyatakan di bawah subseksyen 24(3) dan 24(4) akta yang sama. Kegagalan mengemukakan Penyata Tahunan juga boleh mengakibatkan pertubuhan belia tersebut menerima perintah sementara bagi pembubaran yang akhirnya akan menyebabkan pendaftarannya dibatalkan di bawah subseksyen 23(6).

KAEDAH PENYEDIAAN PERLEMBAGAAN SESEBUAH PERTUBUHAN BELIA

Perlembagaan atau Kaedah-Kaedah bagi sesebuah pertubuhan belia merupakan dokumen bertulis yang sangat penting dan asas kewujudan sesebuah pertubuhan belia. Ianya juga merupakan sumber rujukan asas bagi pengurusan, pergerakan dan hala tuju sesebuah pertubuhan belia.

Setiap pemimpin dan ahli pertubuhan belia sewajarnya memahami perlembagaan pertubuhan belia masing-masing khususnya dari segi hak, tanggungjawab dan peranan mereka selaku anggota organisasi.

Dalam konteks berpersatuan di negara ini, sesebuah pertubuhan belia itu dikehendaki oleh undang-undang supaya didaftarkan. Sesebuah organisasi belia yang tidak berdaftar boleh dianggap sebagai organisasi yang menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.

Apabila mendaftarkan sesebuah pertubuhan belia di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007, perlembagaan sesebuah pertubuhan belia menjadi rujukan utama dalam membuat samada pendaftaran boleh diluluskan atau sebaliknya.

Oleh yang demikian, setiap pertubuhan belia terutamanya yang baru ditubuhkan hendaklah mengetahui serta memahami perkara-perkara yang perlu ada dan dimuatkan dalam perlembagaan masing-masing sepertimana berikut :
  • Nama dan alamat tempat urusan atau alamat pos pertubuhan belia;
  • Butir-butir yang tepat mengenai sifat reka bentuk dan warna apa-apa bendera, lambang, lencana dan lain-lain tanda kebesaran yang digunakan oleh pertubuhan belia;
  • Tujuan atau objektif penubuhan pertubuhan belia tersebut;
  • Kriteria atau syarat kelayakan keahlian pertubuhan belia tersebut meliputi bilangan, had umur, jantina, agama, bangsa, tempat tinggal, suku bangsa dan sebagainya;
  • Kaedah penerimaan keahlian pertubuhan belia tersebut misalnya menerusi Mesyuarat Agung Tahunan, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan sebagainya;
  • Penubuhan dan kaedah pelantikan Jawatankuasa atau Badan Pengelola, jawatan, kuasa dan fungsi pemegang jawatan bagi pertubuhan belia tersebut;
  • Sumber kewangan pertubuhan belia tersebut, kadar dan kaedah pembayaran yuran dan bayaran lain yang boleh dikenakan ke atas ahli;
  • Kuasa yang meluluskan perbelanjaan dengan menggunakan wang atau tabung pertubuhan belia tersebut;
  • Penyimpanan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan pertubuhan belia serta penyiaran Akaun tersebut kepada ahli-ahli pada setiap tahun;
  • Pelantikan Juruaudit;
  • Kuorum Mesyuarat Agung Tahunan, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan sebagainya;
    Cara bagaimana perlembagaan pertubuhan belia tersebut dipinda;
  • Jika perlembagaan sesebuah pertubuhan belia tersebut memperuntukkan tentang penubuhan cawangannya, hendaklah dinyatakan kaedah meluluskan penubuhan cawangan tersebut oleh badan induknya.
  • Perkara-perkara yang dinyatakan di atas merupakan maklumat asas yang perlu dinyatakan dalam perlembagaan sesebuah pertubuhan belia. Sesuatu perlembagaan yang lebih komprehensif boleh dihasilkan bergantung kepada latar belakang serta keperluan pertubuhan belia masing-masing dengan memuatkan perkara-perkara lain yang wajar ke dalam perlembagaan tersebut.
  • Perlembagaan yang terlalu komprehensif tidak semestinya berkesan jika ianya tidak praktikal atau tidak boleh digunapakai. Oleh yang demikian, perlembagaan yang digubal seharusnya lengkap, jelas, praktikal dan boleh diikuti oleh semua anggota pertubuhan belia.
  • Contoh perlembagaan bagi pertubuhan belia boleh diperolehi melalui portal kami http://roy.kbs.gov.my/.

Sarawak, Sabah To Submit Joint Resolution On Youth And Sports Act

KUCHING, May 26 (Bernama) - Sarawak and Sabah will submit a joint resolution to the Youth and Sports Ministry soon to amend the Youth Development Act 2007 and Sports Development Act 1997.

Sarawak Social Development and Urbanization Minister, Datuk Seri William Mawan said certain aspects of the two Acts had to be amended as there were "lots of loopholes" that excluded the two states from playing their role in youth and sports development.

"We feel that our role is not there. We have no say (in youth and sports development) and things could simply bypass us.

"The resolution laid out the common stand of Sarawak and Sabah. It will be submitted to the federal ministry soon and to be amended before their extension to Sarawak and Sabah," he told reporters after the signing ceremony of the joint resolutions of the two Acts, here Tuesday.

Mawan and Sabah Deputy Chief Minister, Datuk Peter Pang En Yin signed the mutual resolutions of the two Acts here Tuesday.

Meanwhile, Pang, who is also Sabah Minister of Youth and Sports, said certain parts of the two acts had to be amended considering the structure of the government administration of the two states was different from the other states in peninsulas Malaysia.

"In the joint resolution, we agreed to focus on the functions and responsibilities of the ministers taking charge of the development of youth and sports in respective states," he said.

The two resolutions had been brought up to the respective state cabinet for endorsement.

-- BERNAMA

Siri Gerak Daftar Zon Selatan - JOHOR


Gerakdaftar Kluang 13hb. Feb.09


Gerakdaftar Kota Tinggi 14hb. Feb 09

Gerakdaftar Johor Baharu 7hb. Mac 09


Gerakdaftar Pontian 8hb. Mac 09


Gerakdaftar Mersing 10hb. April 09


Gerakdaftar Batu Pahat 12hb. April 09

Wednesday, May 20, 2009

GERAK DAFTAR PERTUBUHAN BELIA







Program Gerak Daftar Pertubuhan Belia telah diperkenalkan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia mulai bulan April 2008 dengan beberapa objektif yang perlu dicapai iaitu;

  • menyelesaikan isu-isu berkaitan pendaftaran sesuatu pertubuhan belia
  • membantu dalam proses permohonan pendaftaran dari sudut kaedah mengisi borang pendaftaran, kaedah menyedia perlembagaan dan lain-lain
  • mengedarkan maklumat dan memaklumkan status pendaftaran sesebuah pertubuhan belia dan
  • menerima borang permohonan pendaftaran daripada pertubuhan belia secara penyerahan terus

Sepanjang tahun 2008, sebanyak 26 program gerak daftar telah dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak. Keberkesanan program ini amat ketara dengan peningkatan jumlah borang pendaftaran yang diterima pada setiap bulan. Sehingga Mei 2009, sebanyak 5,046 permohonan pendaftaran telah diterima iaitu melibatkan 2,207 permohonan oleh pertubuhan belia yang baru dan selebihnya iaitu sebanyak 2,839 adalah permohonan pendaftaran oleh pertubuhan belia yang sedia berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). Sebanyak 4,255 daripada keseluruhan permohonan keseluruhan pertubuhan belia telah diluluskan oleh Pejabat Pendaftar iaitu kira-kiran 84.32%.

Bagi tahun 2009, sebanyak 88 program gerak daftar telah dirancang dan sedang dilaksanakan di peringkat daerah dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri